Gradient that fades to transparency

Pakej belajar & bisnes

10 years

Sempena 10 tahun kami bersama anda, kami tawarkan pada semua yang berminat untuk menjana side income dalam bidang pembaikan alatan elektronik terutamanya tv secara sambilan menyertai program ini.Belajar sepanjang tahun 2024 .

Facts

Sebelum hubungi kami untuk bertanya tentang program ini, lihat fakta dahulu:


1.Tiada mana-mana pihak sanggup menyediakan kelas dengan harga pakej Rm1000 , belajar sepanjang tahun.Sila goggle untuk kepastian.



2.Pihak kami tidak menjadikan pelajar yang sertai pakej ini sebagai sumber pendapatan kami.Kami melihat potensi dan perlunya bidang ini dikuasai oleh masyarakat tempatan.Cuba lihat sekitar anda, golongan manakah yang banyak menjalankan perniagaan ini.Majoriti warga luar.


3.Alatan sekarang tidak lagi diciptakan untuk bertahan lama seperti dahulu, oleh itu , peluang untuk job sentiasa ada.Majoriti alatan hanya bertahan lebih lama sedikit selepas tempoh jaminan. Biasanya selepas 2 atau 3 tahun, akan ada masalah.Ini adalah peluang untuk anda.


4.Jika pada tahun sebelum ini, Rm1000 hanya untuk 60 sesi, 90% pelatih yang ambil pakej ini dapat cover ROI hanya dalam 15 sesi sertai pakej ini.Dengan syarat, ikut tunjukajar kami.












  • Peserta A: Dapat kembali modal yuran RM1000 dalam masa 15 sesi pertama.Golongan ini biasanya mereka yang tidak pernah langsung terbabit dalam sebarang aktiviti perniagaan. Disebabkan agak sibuk dengan tugas hakiki/tak sempat nak collect TV pelanggan.


  • Peserta B: Dapat kembali modal dalam masa 5 sesi sahaja. Siap buat untung lagi.Golongan ini biasanya adalah yang biasa menjalankan perniagaan dalam bidang lain, dah mahir teknik marketing dan lain-lain.Cuma bertukar bidang sahaja.


  • Peserta C : Majoriti mereka yang menjalankan bisnes pembaikan mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain, mereka telah ada pelanggan, cuma tidak tahu membaiki tv.Golongan ini, dapat kembali wang yuran siap untung pada hari pertama daftar bila membawa terus 4 tv pelangan mereka.


  • Peserta D : Golongan ini menyertai program ini sebagai hobi untuk mengisi masa lapang dan mengunakan premis disini untuk mengisi kesunyian dan berkawan, tidak menjadikan kewangan sebagai sebab utama.Golongan ini biasanya balik modal pada akhir sesi.


  • Peserta E : Kategori ini tidak sempat balik modal. Terus tidak datang lagi setelah datang pada sesi pertama, isteri mereka kerap sangat call dan bertanya lokasi mereka.Disini adakalanya , sesuatu masalah tv mengambil masa yang agak lama bila timbul masalah diluar jangkaan, jadi, sebelum menyertai pakej ini, jelaskan secara detail pada keluarga anda, terutamanya yang ada sejarah kelam sebelum ini.

5. Alatganti seperti led, resiter,capasitor dan lain-lain adalah murah,adakalanya tidak sampai Rm1.

Dalam bidang ini, kita dibayar bukan atas harga alatganti, lebih pada kemahiran.Margin keuntungan

sangat tinggi.Survey dulu dalam mana-mana forum atau tengok video diyoutube.Lihat bagaimana

technician lakukan pembaikan pada tv.Apabila tv anda punya masalah yang sama seperti dalam

youtube, survey dahulu dengan bertanya beberapa kedai sekitar anda untuk dapatkan anggaran harga.

Kami cadangkan tanya 100 kedai untuk dapatkan anggaran harga dahulu supaya mudah dibuat perbandingan.

Kemudian, bila ada masa lapang, bawa tv dan DIY dulu ditempat kami.Secara tidak langsung, anda

mampu membuat kiraan sendiri berapa margin keuntungan.



6.Hampir 30% yang ambil pakej disini biasanya telah hadiri pelbagai kursus jangka pendek yang dianjurkan

pihak lain, adakalanya 2 hari atau 1 hari.Selalu kami tegaskan dalam sesi live Tik Tok yang kami adakan saban

malam, untuk jadi mahir 2 @3 hari tidak cukup untuk menguasai sesuatu ilmu. Walaubagaimana pun, pilihan

ditangan masing-masing.Banyak jurus yang ampuh dan modal kecil dengan margin tinggi tak sempat dipelajari

dalam tempoh singkat.





Special Offer Banner

1.Yuran komitmen Rm1000.Belajar dan bisnes sepanjang tahun 2024.Insha Allah.

Dibuka bermula Januari 2024. yang sertai awal, ada masa jalankan bisnes ini selama 12 bulan Insha Allah, kalau sertai bulan Mac, ada masa dalam 9 bulan.Rugi kalau sertai lambat,contohnya bulan Oktober, anda cuma ada masa 2 bulan lebih sahaja.Ambil peluang ini.Janalah seberapa bayak income secara sambilan. Pakej ini hanya untuk tahun 2024 sahaja.Tiada lagi tawaran pakej ini dimasa hadapan.


2. Disediakan premis perniagaan/alatan lengkap dll secara percuma .


3.Diajar teknik marketing diplatform media sosial, kami syorkan Tik Tok kerana medium ini popular buat masa ini.Akan diajar cara membuat iklan diTikTok.


4.Alatganti banyak disini untuk dibuat tester.


5.Akan diajar masalah yang sering berlaku pada tv dan solusi, biasanya yang belajar disini dalam 10 sesi insha Allah dah mahir dengan segala teknik pembaikan.


6.Iklanlah seberapa banyak. Bawa saja tv pelangan anda kesini, kami ajar terus cara baiki, 100% hasil adalah hak anda.

contact colored icon
Phone Number Icon

6019-200 2554

Copyright www.diyhero4u.com 2023