Sejarah kami

2011

Pertemuan beberapa sahabat lama,dari pelbagai latarbelakang,namun mempunyai minat yang sama,iaitu elektronik, mencetuskan idea untuk memulakan satu tempat pengumpulan barangan elektronik seperti tv dll yang

dibuang oleh orang ramai,cuba membaikpulih semula dan dihadiahkan kepusat-pusat

kebajikan yang memerlukannya.

.

2012

Bermula dengan seunit rumah kedai dikawasan Hentian Kajang, yang dijadikan stor simpanan, kami mula menyelam kedai- kedai besi buruk berhampiran.

Amat mengejutkan, banyak dari barangan yang terbuang, 90% darinya adalah minor saja masalah dan tidak memerlukan alatganti yang mahal.

2013

Mula iklankan di Facebook untuk membeli barangan elektrik rosak disebabkan brangan dikedai besi buruk majoritinya tidak disimpan ditempat yang sepatutnya, terdedah hujan dan panas. Alhamdullilah, sambutan sangat baik, majoriti semuanya ada menyimpan satu atau dua alatan yang rosak, bila ditanya kenapa tidak dihantar untuk dibaiki, jawapan hampir sama, kos tak sesuai, baik beli baru.

2014

Disebabkan permintaan dari pusat-pusat kebajikan agak besar, kami yang pada hakikatnya bermula sebagai hobi, tidak mampu memenuhi keperluan mereka. Tercetuslah idea untuk membuka satu port untuk sahabat-sahabat yang berminat dalam bidang elektronik tetapi tiada tempat untuk belajar dan alatan yang sesuai, bermulalah Port DIY pertama diMalaysia.

2015

Pada mulanya, konsepnya mudah, yang minat dan ingin mengisi masa lapang dimalam hari, boleh datang, disamping belajar dapat juga membantu kami servis dan baikpulih alatan yang banyak dihadiahkan oleh warga sekitar Bandar Baru Bangi.Barang yang telah siap, dihadiahkan pada pusat-pusat kebajikan yang memerlukan. Tiada sebarang bayaran dikenakan,semuanya kami sediakan secara percuma.

2016

Ada juga antara yang datang membuat cadangan, apakata kita memberi peluang sahabat-sahabat yang ada tv atau alatan lain yang rosak, disamping dapat belajar, dapat juga berjimat dari membeli alatan baru.


Idea ini mendapat sambutan yang amat menggalakan, hingga pihak kami terpaksa mengambil seunit lain lot kedai untuk memenuhi permintaan rakan-rakan yang ingin DIY alatan rosak masing-masing. Semuanya kami sediakan percuma .

2017

Pihak vokasional mula menghantar pelajar mereka untuk membuat latihan praktikal disini.Atas keperluan pelatih praktikal perlu diberi sedikit elaun, pihak kami mula mengenakan sedikit bayaran.Rm50 untuk seunit alatan yang dibawa dan dibaiki disini.Kami sediakan semua alatan lengkap, dibantu oleh staf praktikal.Manakala alat ganti seperti komponen Diode dll yang kecil diberi percuma.(Komponen tidak mahal, dalam 10sen ke rm1 je).



2017

Disini, tidak kira siapa,bangsa, jantina ,usia, semuanya mempunyai minat yang sama, suka DIY dan berjimat. Tahun ini, Otai-otai yang berpengalaman luas dalam bidang electronik ramai yang jadikan tempat kami sebagai port untuk mengajar rakan-rakan yang datang DIY disini.Berbagai ilmu baru yang dikongsikan oleh mereka.


Pihak kami mengucapkan ribuan terimakasih, semoga ilmu yang tuan-tuan kongsikan menjadi amalan yang berpanjangan.

2017

Disebabkan masalah parking yang agak jauh dari premis,tambahan pula saiz tv semakin besar, pihak kami berpindah kelokasi baru. Premis agak luas dengan kemudahan parking yang banyak dan percuma.Lokasi ini kekal sehingga kini.

2018

Atas permintaan ramai yang mula menyedari potensi pendapatan lumayan dalam bidang ini, ramai menyarankan pihak kami mengadakan kursus jangka pendek untuk yang yang berminat menjadikan bidang ini sebagai side income.


Pada mulanya kami tidak berapa minat kerana menyedari kalau kursus sekadar sehari dua, peserta tidak akan mampu menguasai bidang ini, tambahan pula kami tidak menjadikan bidang ini sebagai sumber kewangan.Ini menganiaya peserta , bukan membantu mereka.


Atas saranan beberapa pihak yang melihat bidang ini telah mula dikuasai oleh warga asing, pihak kami bersetuju , cuma konsep pembelajaran disini agak berbeza dari tempat lain, sekali bayar , tiada had masa.Belajar sampai mahir.

2019

Dah ramai usahawan yang lahir dalam bidang ini bermula dari sekadar mencuba DIY alatan rosak disini, Tahniah untuk semua, kami hanya berkongsi ilmu sekadar mampu, usaha anda semua yang membawa anda semua ketahap ini.


Atas permintaan rakan-rakan yang jauh, kami telah menubuhkan satu group whatsapp yang menghimpunkan bekas-bekas pelajar yang telah berjaya dalam bidang ini serta otai-otai yang bersedia memberikan tunjukajar,Insha Allah.Juga untuk membantu mendapatkan alatganti dengan harga technician untuk semua ahli group.


CONTOH GROUP DISINI.

2020

Tahun 2020, premis kami tidak beroperasi disebabkan pandemik Covid. Sepanjang masa ini memang ramai yang memerlukan khidmat pembaikan tv, tambahan pula tv menjadi alat yang penting untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP.

2021

Tahun ini kami masih tidak beroperasi, Alhamdulillah, masih diberikan kesihatan yang stabil.Cuma agak sedih ramai rakan-rakan yang pernah datang DIY disini menceritakan perniagaan merosot dan ada yang terpaksa menutup premis.


Rupa-rupanaya ada hikmah sebalik ujian, seorang sahabat berkongsi ilmu bagaimana mengunakan teknologi terkini untuk menjana income secara online mengunakan Teknologi AI, ilmu ini juga kami kongsikan dengan ramai rakan-rakan yang alami kemerosotan perniagaan.Meskipun tidaklah menjadi jutawan, mampu membantu serba sedikit kewangan masing-masing.



2023

Bermula semula, meskipun tenaga pengajar ramai yang tidak lagi bersama kami disebabkan masalah kesihatan , Insha Allah , kita mulakan secara santai.



Copyright www.diyhero4u.com 2023